Portal Rasmi Sekolah Menengah Seri Bintang Utara
Jalan 3/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel : 03-92837924
SMK Seri Bintang Utara
Portal Rasmi Sekolah Menengah Seri Bintang Utara
Jalan 3/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel : 03-92837924
Makluman kepada semua ibu bapa/penjaga pelajar SMK Seri Bintang Utara,
Berikut ialah jadual latihan bagi setiap rumah sukan pada tahun 2012. Pelajar WAJIB mengambil bahagian dalam latihan rumah sukan.
|
HARI |
TARIKH (23 – 26 APRIL) |
HARI |
TARIKH (21- 24 MEI) |
MASA |
|
ISNIN |
COOKE / GREEN |
ISNIN |
PROUSE / SHIRTLIFF |
3.00 – 4.30 PM |
|
SELASA |
MACLAY / PROUSE |
SELASA |
COOKE / GREEN |
3.00 – 4.30 PM |
|
RABU |
SHIRTLIFF / COOKE |
RABU |
MACLAY / PROUSE |
3.00 – 4.30 PM |
|
KHAMIS |
GREEN / MACLAY |
KHAMIS |
SHIRTLIFF |
3.00 – 4.30 PM |
Untuk pengetahuan pihak ibu bapa/penjaga, kehadiran untuk latihan rumah sukan ini adalah WAJIB dan sebarang ketidakhadiran mestilah dimaklumkan kepada pihak sekolah / guru penasihat secara bertulis.
* Surat makluman berkaitan latihan rumah sukan telah diedar kepada anak jagaan tuan/puan. Sila kembalikan keratan makluman latihan rumah sukan kepada guru tingkatan untuk disimpan sebagai rekod. Harap maklum.
|
HARI |
TARIKH (23 – 26 APRIL) |
HARI |
TARIKH (21- 24 MEI) |
MASA |
|
ISNIN |
COOKE / GREEN |
ISNIN |
PROUSE / SHIRTLIFF |
3.00 – 4.30 PM |
|
SELASA |
MACLAY / PROUSE |
SELASA |
COOKE / GREEN |
3.00 – 4.30 PM |
|
RABU |
SHIRTLIFF / COOKE |
RABU |
MACLAY / PROUSE |
3.00 – 4.30 PM |
|
KHAMIS |
GREEN / MACLAY |
KHAMIS |
SHIRTLIFF |
3.00 – 4.30 PM |
Program IU (International Understanding) Day 2012 peringkat SMK Seri Bintang Utara anjuran Kelab Interact akan diadakan seperti ketetapan berikut :
| Tarikh | 21 April 2012 |
| Masa | 2.00 petang – 5.30 petang |
| Tempat | Skylite |
Pelajar dijemput hadir untuk bersama memeriahkan IU Day bersama rakan-rakan anda.
Karnival Kokurikulum SMK Seri Bintang Utara akan diadakan pada
Khamis / 19 April 2012 / 9.30 pagi – 2.00 petang / Skylite
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti :
** Kupon boleh dibeli melalui guru kelas masing-masing. Mari bersama meriahkan Karnival Kokurikulum 2012.
Semakan keputusan bagi Ujian Penilaian 1 tahun 2012 boleh dilakukan oleh ibu bapa/penjaga mulai tahun ini. Sila klik paparan di bawah untuk ke laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.
* Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dimasukkan tanpa “-”, pilih Sekolah Menengah dan tahun 2012 seterusnya klik Semak Laporan
* Aplikasi ini adalah untuk pelajar tingkatan 2,3, 4 dan 5.
SMK Seri Bintang Utara akan mengadakan Program Sure Solat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan pelajar Islam sentiasa menitikberatkan solat dalam kehidupan seharian seterusnya melahirkan pelajar Islam yang bertaqwa serta berakhlak mulia.
| Tarikh | 23 hingga 24 Mac 2012 |
| Hari | Jumaat dan Sabtu |
| Tempat | Surau Kompleks Seri Bintang |
Sehubungan dengan itu, semua pelajar Islam Tingkatan 1 dan 2 diwajibkan hadir dan setiap pelajar dikehendaki membayar RM25.00 untuk menampung sebahagian kos program tersebut. Pihak sekolah juga amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menjayakan majlis ini. (Sila klik di sini untuk tentatif program)
Mesyuarat PIBG SMK Seri Bintang Utara akan diadakan seperti butiran berikut :
| Tarikh | 24 Mac 2012 |
| Hari | Sabtu |
| Tempat | Skylite SMK Seri Bintang Utara |
| Masa | 10.00 pagi – 12.30 tengahari |
Ibu bapa/penjaga digalakkan hadir untuk bersama menjayakan mesyuarat ini.
PROGRAM TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1 / KERTAS 2 PMR DAN SPM SEMASA CUTI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Teknik Menjawab Kertas 1 / Kertas 2 PMR dan SPM akan diadakan pada 12 Mac 2012 sehingga 14 Mac 2012 mengikut jadual (sila rujuk lampiran).
Pihak sekolah memohon kerjasama daripada pihak ibu bapa / penjaga supaya memastikan anak jagaan tuan / puan hadir ke program tersebut. Harap maklum.
SMK Seri Bintang Utara akan mengadakan Hari Merentas Desa bagi tahun 2012. Butiran lanjut berkaitan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
| Tarikh | 17 Februari 2012 (Jumaat) |
| Masa | 7.15 pagi – 10.30 pagi |
| Tempat | SMK Seri Bintang Utara dan Taman Pudu Ulu |
| Peserta | Semua Pelajar Tingkatan 1 – 5 |
Untuk makluman ibu bapa/penjaga, hari tersebut dikira sebagai hari persekolahan, maka kehadiran pelajar adalah WAJIB.
* Ibu bapa/penjaga diminta untuk mengisi borang makluman yang diberikan kepada anak jagaan masing-masing dan menyerahkan kembali kepada pihak sekolah.
Dimaklumkan pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah dengan kerjasama
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akan menganjurkan Program Gotong Royong.
Aktiviti ini akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :
| Tarikh | 11 Februari 2012 ( Sabtu) |
| Masa | 7.30 pagi-11.00 pagi |
| Tema | Berat Sepikul Ringan Sejinjing |
Sehubungan itu Ibu bapa pelajar dijemput hadir ke program tersebut di atas
bagi memeriahkan program yang akan diadakan.Pihak PIBG sekolah juga memerlukan
sukarelawan dari pihak Ibu bapa untuk membantu setiap AJK yang ditubuhkan untuk
menjayakan program yang akan diadakan ini.
* Borang maklum balas kehadiran telah diedarkan melalui anak-anak jagaan Tuan/Puan.
Harap maklum.

Copyright © 2012 Smksbu.edu.my · Log in