frogFrog adalah satu Virtual Learning Environment (VLE) yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah yang terdiri daripada pelajar, guru, staf sokongan dan ibu bapa serta penjaga.

Untuk makluman, pelajar dan guru telah diberikan kursus berkenaaan  Frog (beserta ID dan login) dan akan diteruskan lagi selepas cuti penggal. Pelajar digalakkan log in dan belajar secara online di sini https://web0209.1bestarinet.net/.

Ibu bapa serta penjaga juga boleh log in menggunakan laman web ini tetapi perlu dapatkan ID dari laman web http://www.yes.my . Berikut disertakan langkah-langkah untuk mendapatkan ID (untuk ibu bapa sahaja, pelajar dan guru sila dapatkan dari admin sekolah):

  • Langkah 1 :  Klik 1BestariNet
  • Langkah 2 : Cari “Get started in 3 easy steps” dan klik “Retrieve my ID” serta ikut arahan seterusnya sehingga selesai.
  • Langkah 3 : Klik “Activate my ID” – masukkan 1BestariNet Yes ID serta password dan klik verify.
  • Langkah 4 : Klik “Login“.

Selamat melayari laman web Frog VLE dan sila hubungi admin (admin@smksbu.edu.my) untuk bantuan.

 

 

Aplikasi Frog VLE