Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengedarkan surat bertajuk Bayaran-Bayaran Tambahan Persekolahan Bagi Tahun 2013 bernombor rujukan [SMKSBU100-1/2(49)] kepada semua pelajar pada hari Isnin (10/6/13).

Ibu bapa/penjaga boleh membuat bayaran secara tunai atau cek (di atas nama PIBG SMK Seri Bintang Utara) bermula tarikh surat diedarkan dan sila rujuk kepada anak jagaan tuan/puan berkenaan dengan surat edaran ini.

Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan berkaitan perkara di atas didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Bayaran Tambahan Tabung PIBG & Majalah Sekolah