Kepada pelajar SMKSBU yang berminat untuk memohon Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) 2013, sila dapatkan borang permohonan daripada Pn. Angela Anthony di BG4. Kelayakan memohon adalah tertakluk pada kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Kriteria Kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
  3. Pendapatan kasar ibu bapa tidak melebihi RM1,500 sebulan atau/dan yang lebih rendah
  4. Murid hendaklah cemerlang dalam akademik dan kokurikulum berdasarkan merit tahun semasa
  5. Tidak mempunyai masalah disiplin

 

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP 2013)