Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan cuti berganti sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012 seperti butiran berikut :

Tarikh/Hari Cuti
Tarikh/Hari Ganti
Catatan
16 Ogos 2012 (Khamis) 8 September 2012 (Sabtu) P&P mengikut jadual persekolahan hari Khamis
17 Ogos 2012 (Jumaat) 22 September 2012 (Sabtu) P&P mengikut jadual persekolahan hari Jumaat

Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada 27 Ogos 2012 (18 Ogos – 26 Ogos adalah Cuti Pertengahan Penggal Kedua).

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM pada 27 Ogos 2012 hingga 13 September 2012.

Kerjasama dan keprihatinan pihak ibu bapa/penjaga berkenaan perkara di atas, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

 

 

 

 

 

Cuti Berganti Sempena Perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2012
Tagged on: