Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Anugerah Cemerlang 2015 dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 SMK Seri Bintang Utara akan berlangsung seperti butiran di bawah :

  • Tarikh : 28 Mac 2015
  • Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari (Hari Anugerah Cemerlang) / 12.30 tengahari hingga 2.30 petang (Mesyuarat Agung PIBG)
  • Tempat : Skylite SMK Seri Bintang Utara

Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PT3, SPM dan peperiksaan dalaman. Semoga terus cemerlang pada masa akan datang.

Ibu bapa juga digalakkan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG untuk mengeratkan silaturrahim, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan sekolah. Diharapkan juga hasil dari mesyuarat ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.

Hari Anugerah Cemerlang 2015 & Mesyuarat Agung PIBG