Hari Koperasi akan diadakan mulai 23 – 27 Jun 2014 yang bertemakan “Koperasi Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara” dan ini merupakan acara tahunan bagi SMK Seri Bintang Utara. Oleh itu, beberapa aktiviti telah dirancang bagi memastikan Hari Koperasi tahun ini berjalan lancar.

Sambutan Hari Koperasi akan diadakan pada Isnin (23 Jun 2014) mulai jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi di Skylite SMKSBU.

Antara aktiviti yang dirancang adalah :

  1. Acara Penanaman Pokok (Taman Koperasi)
  2. Pameran
  3. Kuiz
  4. Jualan
  5. Gotong-royong

Semoga setiap aktiviti memberi impak yang berguna kepada semua warga SMKSBU.

Hari Koperasi 2014