Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Pertemuan Tiga Penjuru tahun 2014 akan diadakan seperti butiran berikut:

  • Tarikh: 25 Jun 2014 (Hari Rabu)
  • Masa  : 11:30 pagi-2:30 petang

PERKARA

MASA

SASARAN

TEMPAT

Pemeriksaan Kesihatan Percuma (Anjuran PIBG) 8.30 pagi – 2.30 petang Semua ibu bapa dan warga sekolah Skylite SMKSBU
Taklimat PT3 10.30 pagi – 11.30 pagi Semua ibu bapa pelajar Tingkatan 3 Skylite SMKSBU
Pengambilan Laporan Prestasi Pelajar 11.30 pagi – 2.30 petang Tingkatan 1 hingga 5 Kelas masing-masing

Besarlah harapan kami agar ibu bapa/penjaga dapat hadir untuk mengambil Laporan Prestasi Pelajar dan dapat bertemu dengan guru-guru untuk membincangkan prestasi dan perkembangan anak-anak jagaan tuan/puan. Para pelajar dibenarkan balik bersama-sama ibu bapa selepas mengambil Laporan Prestasi Pelajar. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan amat bermakna dalam peningkatan sahsiah dan prestasi akademik anak-anak didik sekolah ini. Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Hari Pertemuan Tiga Penjuru SMK Seri Bintang Utara 2014