2 orang pelajar Judo SMK Seri Bintang Utara iaitu
  • Pearl Low ( 5 Beta) dan 
  • Jade Low (5 Gama)

di pilih untuk menjalani kursus refree Judo bersama dengan seorang bekas pelajar SBU (Chuah Kee Thai) oleh Persatuan Judo Selangor. Latihan berpusat telah mula dijalankan di Dojo SBU pada hari Sabtu dan Ahad untuk kesemua 8 orang yang di pilih. Kedua orang pelajar ini akan menduduki ujian amali  dan bertulis pada bulan Ogos. Sekiranya lulus, mereka akan menjadi refree untuk pertandingan judo di Malaysia dan wakil dari malaysia di arena antarabangsa.

Ini merupakan salah satu objektif Kelab Judo SBU dan kejayaan untuk SBU. Pearl Low dan Jade Low merupakan pemegang pingat perak untuk acara Judo Kata di peringkat Sukma 2011.

2 lagi aktiviti judo Peringkat Antarabangsa akan diadakan iaitu:
1. Jagsport Judo Championship, Singapore.
  • Pada tahun ini, seramai 16 orang pelajar SBU akan mengambil bahagian. Tahun 2011 seramai 10 telah mengambil bahagian dan kita menang dengan 1 pingat perak dan 5 gangsa. Tahun ini kita mengharapkan keputusan yang lebih cemerlang.
2. Judo Team Event 2012, Kompleks Sukan SBU
  • Buat pertama kali SMKSBU  akan menganjurkan pertandingan yang bakal disertai 3 buah negara sahaja iaitu  Singapore, Indonesia dan Filipina. Pertandingan ini dijadualkan pada awal bulan November.
Kebitaraan Judo
Tagged on: