sester
SMKSBU telah dilawati oleh sekumpulan pelawat dari SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) pada 13 Jun 2013 (Khamis). SESTER merupakan sebuah sekolah yang berstatus SBP dan SKK di mana bidang kebitaraannya adalah Bahasa Inggeris dan Catur.

Seramai 4 orang guru dan 32 orang pelajar terlibat dalam lawatan ini. Penerangan berkenaan sekolah telah disampaikan oleh Jonathan Wee dan Jane Teng di Dewan Alfa. Kemudiannya, mereka dibawa melawat sekitar sekolah dan  perlawanan persahabatan catur telah diadakan selepas sesi lawatan.

Diharapkan, semoga program jalinan kolaborasi di antara kedua sekolah ini akan berterusan.

Lawatan SM Sains Kuala Terengganu (SESTER)