Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Minggu PPDa, Program Sifar Ponteng & Pelantikan Ketua Tingkatan akan diadakan seperti butiran berikut :

  • Tarikh : 22 April 2013 (Isnin)
  • Masa : 7.30 pagi
  • Tempat : Skylite SMKSBU
  • Tema : 1 Malaysia Membanteras Dadah

Objektif majlis adalah seperti berikut :

MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

  • Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat tentang bahaya dadah.
  • Menggunakan aktiviti kesenian sebagai medium untuk menggalakkan penyertaan murid dalam proses       pembelajaran dan pendidikan bersepadu secara     langsung dan tidak langsung berhubung dengan     pendidikan pencegahan dadah.
  • Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan murid ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina serta dapat menghindari diri dari bahaya dadah.

PROGRAM SIFAR PONTENG

  • Mempastikan pelajar sekolah ini berada di sekolah pada waktu persekolahan.
  • Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
  • Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar dan guru betapa pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas.
  • Memperbaiki tahap disiplin dan akademik setiap pelajar sekaligus menaikkan reputasi SMKSBU.

 

Majlis Perasmian Minggu PPDa, Program Sifar Ponteng & Pelantikan Ketua Tingkatan