Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Seri Bintang Utara akan mengadakan Hari Karnival Keusahawanan. Oleh itu, semua pelajar terlibat dengan aktiviti penjualan bagi menampung dana sekolah. Kupon-kupon untuk hari karnival tersebut boleh dibeli melalui anak jagaan tuan / puan.

Besarlah harapan kami agar dapat kiranya pihak ibu bapa / penjaga turut serta menghadirkan diri sekaligus memeriahkan Hari Karnival Keusahawanan yang akan diadakan seperti butiran tersebut di bawah :

  • Tarikh   :               6 Julai 2013 (Hari Sabtu)
  • Masa       :               8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Tempat :               Skylite SMK Seri Bintang Utara

Kerjasama dan keprihatinan pihak ibu bapa / penjaga dalam menjayakan karnival tersebut, amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, harap maklum.

Makluman Hari Karnival Keusahawanan SMKSBU Tahun 2013