Makluman kepada semua ibu bapa/penjaga murid-murid SMK Seri Bintang Utara.

SMK Seri Bintang Utara telah dilantik sebagai Jawatankuasa Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2014 yang akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada 27 Julai 2015 (Isnin) di Dewan Kompleks Seri Bintang mulai jam 2.00 petang.

Sehubungan itu, pihak sekolah telah diberi kebenaran untuk membenarkan murid-murid SMK Seri Bintang Utara balik seawal jam 12.15 tengahari pada hari tersebut. Ini kerana laluan keluar masuk akan ditutup seawal 12.30 tengahari.

Segala kerjasama pihak ibu bapa/penjaga amat diharap bagi memastikan anak jagaan tuan/puan selamat pulang ke rumah.

* Surat makluman telah diedarkan pada hari Jumaat (24 Julai 2015).

Makluman Waktu Tamat Persekolahan