Event Terbaru

Pengedaran Majalah Sekolah 2013

Written by itcsmksbu on . Posted in Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa majalah sekolah bagi tahun 2013 akan diedarkan seperti butiran berikut :

  • Tarikh : 3/4/14 (Khamis)
  • Masa : 7.30 pagi
  • Tempat : Sylite
  • Semua pelajar tingkatan 2 hingga 5 yang telah jelaskan yuran majalah pada tahun lepas (2013)

Manakala bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2013 yang telah menjelaskn yuran majalah boleh berbuat demikian seperti butiran berikut:

  • Tarikh : 4/4/14 (Jumaat)
  • Masa : 11 pagi hingga 2.30 petang,
  • Tempat : Bilik Sidang Redaksi

 

Program Jejak Menara JPWPKL 2014

Written by itcsmksbu on . Posted in Info

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) dengan kerjasama Universiti Malaya akan menganjurkan PROGRAM JEJAK MENARA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2014 seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 29 Mac 2014(Sabtu)
  • Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Tempat : Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Untuk pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM 2013.

ATURCARA PROGRAM JEJAK MENARA 2014 :

  • 7.30 pagi : Pendaftaran
  • 8.30 pagi : Sesi Taklimat (Taklimat/ Set Minda/ Ice Breaking)
  • 9.00 pagi : Perkongsian Pengalaman ‘ Mahasiswa & Universiti : Suatu Anjakan Paradigma”
  • 10.00 pagi : “Mahasiswa Mencipta Masa Depan Umat”
  • 12.00 tgh : Majlis Perasmian Oleh Naib Cancelor UM
  • 1.00 ptg : Makan tengahari & Solat Zohor
  • 2.30 ptg : Bengkel Sahabat YADIM “ Persiapkan Dirimu”
  • 4.00 ptg : Minum Petang & Solat Asar
  • 5.00 ptg : Sidang Pleno & Penangguhan

 

Semakan Semula SPM 2013

Written by itcsmksbu on . Posted in Pengumuman

Calon-calon SPM 2013 boleh membuat semakan semula SPM  dengan mengambil borang yang telah disediakan di pejabat sekolah. Borang yang sudah lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat sekolah beserta salinan-salinan dokumen yang diperlukan sebelum atau pada 11 April 2014. Hanya borang yang lengkap sahaja akan dikemukakan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Sila hubungi pihak sekolah di talian 03-92837924 untuk keterangan lanjut. Harap maklum.

Program Minda Sukses

Written by Briged Bestari on . Posted in Aktiviti, Baru

Program Minda Sukses dilaksanakan pada Cuti Pertengahan Penggal 1 bagi meningkatkan kemahiran asas dan prestasi pelajar untuk mereka menduduki peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal menjelang. Program ini dijalankan oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing mengikut jadual yang telah diedarkan. Berikut adalah butiran program:
  • Tarikh: 24 hingga 26 Mac 2014
  • Penglibatan: Sasaran pelajar tingkatan 3 dan 5

Diharapkan program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan dari pelajar.

Permohonan Koko dan Nilam

Written by itcsmksbu on . Posted in Baru, Info

Perhatian kepada semua pelajar SMK Seri Bintang Utara, sila log masuk ke SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) untuk melengkapkan permohonan Keahlian Kokurikulum (Persatuan/Kelab, Sukan/Permainan, Badan Beruniform dan Lembaga) serta pengisian NILAM.

Langkah-langkah untuk membuat permohonan Keahlian Kokurikulum (Persatuan/Kelab, Sukan/Permainan, Badan Beruniform dan Lembaga) :

  • Klik SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 
  • Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan (kedua-duanya adalah no. kad pengenalan atau sijil lahir). * Pastikan no. kad pengenalan dimasukkan tanpa “-”.
  • Paparan Laman Utama -> Papar Kokurikulum -> Klik disini untuk mendaftar

Langkah-langkah untuk membuat pengisian NILAM :

  • Klik SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 
  • Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan (kedua-duanya adalah no. kad pengenalan atau sijil lahir). * Pastikan no. kad pengenalan dimasukkan tanpa “-”.
  • Paparan Laman Utama -> Program NILAM -> Tambah Rekod Bacaan Baru

* Sila lengkapkan Borang Ralat Log Masuk ke SPS sekiranya anda menghadapi sebarang masalah.