24 Julai 2013

  1. Kajian Rintis Amali Kimia oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia akan dijalankan di Makmal Kimia 1 dan 2 pada hari ini mulai jam 8.30 pagi – 1.00 petang. Laluan Makmal Kimia 1&2 adalah kawasan larangan. Semua pelajar diminta menjaga disiplin dan bekerjasama supaya tidak membuat bising. Pelajar sidang 1, sila ke Makmal Kimia pada jam 8.15 pagi manakala sidang 2 pada jam 10.20 pagi. (Pn. Lee Saw Im)
  2. Lawatan ke Jepun Tahun 2014. Kepada pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 yang berminat dijemput hadir di Dewan Alfa pada hari ni jam 2.00 petang untuk mengikuti taklimat promosi oleh Agensi Pelancongan.
  3. Kelab Judo akan menghantar 4 orang pelajar untuk mewakili Malaysia dalam Thailand International North University Judo Championship pada hujung minggu ini. Pelajar yang dimaksudkan adalah Muhd Danish, Megat Aiman, Nazrul Shah dan Eve Low. Mereka akan bertolak esok (25/7) ke Bangkok, Thailang dan marilah sama-sama mendoakan kejayaan mereka. (Pn. Jeyanthi)
  4. Kelab Judo juga akan menghantar 3 orang pelajar untuk Pertandingan Judo di taipei, Taiwan. Pelajar yang terlibat adalah Rachle Ho, Sadana Chandran dan Nazrul Shas. Mereka akan berada di Taipei dari 2-4 Ogos 2013. Juga kita doakan kejayaan mereka. (Pn. Jeyanthi)
  5. Kepada semua ahli Pandu Puteri (Tingkatan1 – 5), persatuan Pandu Puteri WPKL akan menganjurkan International Conference antara Hongkong, Singapira dan Malaysia pada 6 Ogos 2013 jam 2.00 – 5.00 petang di Wisma PPWPKL, Brickfield. Kepada ahlu yang berminat, sila berikan nama kepada Loh Xian Yi (5 Sc Beta)
  6. Kelas Tambahan Tingkatan 3 untuk 3 Amanah, 3 Berdikari, 3 Dedikasi dan 3 Muzik akan diadakan di Bilik Pameran pada pukul 2.10 – 3.30 petang. Sila bawa bersama buku Bahasa Inggeris.
  7. Peperiksaan TIMMS & PISA (Matematik & Sains) pelajar Tingkatan 1 & 2 akan diadakan pada 30 Julai 2013 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Para pelajar diminta bersedia dan kehadiran adalah WAJIB.

23 Julai 2013

  1. Perhatian kepada semua pelajar kelas 3 Gigih, 3 Hormat dan 3 Muzik. Sila berada di Dewan Alfa pada hari ini dari pukul 2.10 – 3.30 petang untuk Teknik Menjawab Kertas 2 PMR Bahasa Melayu. Sila bawa bersama alat tulis dan buku catatan. (Cik Sri Devi)
  2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan fotografi, sila berjumpa dengan Pn. Maziah di BG Disiplin selewat-lewatnya esok. (Pn. Maziah)
  3. Peringatan tentang jerebu, pelajar digalakkan memakai topeng muka dan elakkan berada di luar untuk tujuan keselamatan.
  4. Pelajar berikut, sila berjumpa Pn. Faridah Ali di Bilik Catur selepas perhimpunan untuk bayaran baju T “2nd SMKSBU Chess Tournament 2013”. (Pn. Faridah Ali)
  • Wan Auni, Nor Aqilah, Muhammad Afiq, Kaviarasan, Mohamad Faizal, Charmaine, Abrar, Amirul Amin, Dzariff,, Aiman, Iskandar Zawawi, Safiratul, Aqilla, Izzatun, Aqilah Syahidah, Safia Nurdiana dan Shasha Pasricha.

22 Julai 2013

  1. SBU Creative Robotic Challenge akan diadakan pada 25 Julai 2013 (Khamis) di Dewan Alfa. Pelajar yang berminat boleh mendaftar dengan Jane Teng (5 Sc Alfa). Semua peserta perlu menyediakan peralatan sendiri seperti laptop, lego dan wayar penyambung (extension wire). Maklumat lanjut boleh dirujuk pada papan kenyataan. (Pn. Lee Saw Im)
  2. Semua pelajar Tingkatan 3 dikehendaki kembali ke kelas asal. (Pn. Suziana)
  3. Panitia Pendidikan Islam amat mengalu-alukan sumbangan Tabung Ramadan bagi menjayakan semua program yang telah ditetapkan. Sumbangan tersebut bolehlah diberikan kepada guru Pendidikan Islam masing-masing. (Ustazah Azita)