Sukacita dimaklumkan bahawa satu pertandingan Mencipta Banner Cyberthon akan diadakan mulai 13 Mei dan berakhir pada 16 Mei.

Syarat Pertandingan adalah seperti berikut :

1. Terbuka kepada semua (guru dan pelajar).

2. Banner mesti dalam bentuk digital dan terpulang kepada kreativiti masing-masing.

3. Hantarkan penyertaan anda ke alamat email (szrais@yes.my) sebelum atau pada 16 Mei 2015 jam 12 tengahari. Banner mestilah dalam bentuk jpeg @ tiff atau yang berkaitan.

4. Pemenang pertandingan mencipta banner Cyberthon akan menerima hadiah sumbangan PIBG.

Maklumat yang WAJIB ada dalam banner Cyberthon adalah :

1. Tarikh kutipan Cyberthon iaitu mulai 18 Mei hingga 18 Jun 2015

2. Logo sekolah dan logo pibg dimasukkan.

3. Hadiah menarik untuk : Kutipan terbanyak kelas/individu

4. Sasaran : Semua Warga SMKSBU/ orang perseorangan/ tokoh koporat dan lain-lain.

 

Sebarang kemusykilan, sila rujuk portal sekolah @ fb rasmi sekolah @ berjumpa dengan En. Alasraf untuk keterangan lanjut.

Pertandingan Mencipta Banner Cyberthon