Tahniah kepada Abdul Muqib (4 Solihin) kerana menyandang Naib Juara kategori Bahasa Melayu dalam Pertandingan Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan. Pertandingan ini diadakan seperti butiran berikut :

  • Tarikh : 19 September 2012
  • Masa : 7.00 pagi – 3.00 petang
  • Tempat : Sekolah Sukan Bukit Jalil

Pertandingan ini juga disertai oleh 11 buah Sekolah Kluster Kecemerlangan seluruh Malaysia. Tahniah juga kepada Ivan Wong kerana mendapat saguhati bagi kategori Bahasa Inggeris.

Semoga kejayaan ini akan berterusan pada tahun akan datang.

 

Pertandingan Pidato BM/BI SKK Peringkat Kebangsaan
Tagged on: