Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dulunya dikenali sebagai Bukit Bintang Girls School.
Pada tahun 1893 BBGS terletak di Jalan Brickfields dan pada tahun 1929 didaftar sebagai Chinese Girls School apabila berpindah ke Jalan Davidson.

Pada tahun 1999, ia diiktiraf menjadi Sekolah Bestari dan Dato’ Noor Rezan bt. Bapoo Hashim menjadi pengetua pertama. Pada tahun 2000, nama BBGS ditukar ke SMK Seri Bintang Utara dan tahun 2001 berpindah ke Taman Shamelin Perkasa, Cheras serta mula beroperasi sebagai sekolah satu sesi.

SMK Seri Bintang Utara adalah sebahagian daripada Kompeks Seri Bintang yang terdiri dari SMK Seri Bintang Utara, SMK Seri Bintang Selatan, SK Seri Bintang Utara dan SK Seri Bintang Selatan.