Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedang melaksanakan Program 1 Warga 1 Buku bermula dari 16 Mei 2016 hingga 24 Julai 2016.

Tujuan program ini adalah untuk menambah bilangan buku di Pusat Sumber, melahirkan rasa cinta dan menghargai buku dalam kalangan warga sekolah dan untuk menjana sikap tolong-menolong dalam kalangan warga sekolah.

Sehubungan itu, semua warga SMKSBU digalakkan untuk menyumbang seberapa banyak buku yang boleh bagi memenuhi objektif program ini. Segala sumbangan dan kerjasama warga amat dihargai.

 

Program 1 Warga 1 Buku 2016