Dimaklumkan pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah dengan kerjasama
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akan menganjurkan Program Gotong Royong.
Aktiviti ini akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh 11 Februari 2012 ( Sabtu)
Masa 7.30 pagi-11.00 pagi
Tema Berat Sepikul Ringan Sejinjing

Sehubungan itu Ibu bapa pelajar dijemput hadir ke program tersebut di atas
bagi memeriahkan program yang akan diadakan.Pihak PIBG sekolah juga memerlukan
sukarelawan dari pihak Ibu bapa untuk membantu setiap AJK yang ditubuhkan untuk
menjayakan program yang akan diadakan ini.

* Borang maklum balas kehadiran telah diedarkan melalui anak-anak jagaan Tuan/Puan.
Harap maklum.

Program Gotong Royong Bersama PIBG dan DBKL 2012
Tagged on: