Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Bintang Utara akan mengadakan Program Hijrah Sahsiah bagi pelajar Tingkatan 3dan 5. Program ini berlangsung selama dua hari seperti berikut :

Tarikh : 6 & 7 Julai 2012
Hari : Jumaat & Sabtu
Masa : 3.00 petang (6 Julai 2012) hingga 2.00 petang (7 Julai
2012)
Tempat : Surau Kompleks Seri Bintang

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar menjadi insan yang mempunyai jati diri sebagai Muslim Sejati. Matlamat program ini juga adalah untuk melahirkan pelajar Islam yang bermotivasi, beriman dan mempunyai ketahanan diri serta sosial bagi menghadapi cabaran duniawi dan ukhrawi dan mampu menjadi mujahid Islam yang akan menegakkan agama Allah.

 

Program Hijrah Sahsiah 2012
Tagged on: