Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Bintang Utara telah melancarkan Tabung Ramadhan bertujuan untuk menjayakan beberapa program sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433H.

Sehubungan itu, pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pihak ibu bapa/penjaga pelajar bagi menjayakan program berikut :

  1. Pembelian hadiah/cenderahati untuk program kuiz, tazkirah dan sajak Ramadhan.
  2. Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah.
  3. Pemberian zakat dan sedekah untuk pelajar-pelajar miskin.
  4. Iftar Jama’ie (Majlis Berbuka Puasa) bersama pelajar Ting. 5, solat Tarawih dan solat Hajat.
  5. Pembelian bahan-bahan untuk keceriaan, keselamatan dan kebersihan surau sekolah.

Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk wang tunai atau cek atas nama PIBG SMK Seri Bintang Utara. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustazah Azita Binti Mohamad di talian 0133538462. Semoga segala sumbangan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T serta anak-anak beroleh kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Program Ihya’ Ramadhan
Tagged on: