brigedpatriot-tile
SMK Seri Bintang Utara akan mengadakan satu Program Menulis Poskad kepada Wira Negara di Lahad Datu. Program ini hasil kerjasamaSMKSBU dan Briged Patriot yang terdiri daripada gabungan Killiney Kopitiam, PPIM dan Media Prima. Ianya diadakan bertujuan untuk menaikkan semangat patriotisme di kalangan pelajar dan guru.

Berikut adalah butiran program :

  • Tarikh : 11 April 2013 (Khamis)
  • Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari
  • Tempat : Skylite SMKSBU
  • Tetamu Kehormat : Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, (Koordinator 1) Briged Patriot

Program ini turut dihadiri oleh wakil dari Media Prima untuk sesi rakaman. Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Program Menulis Poskad