Program Mumtaz An-Najihin anjuran panitia Pendidikan Islam diadakan bertujuan untuk mendidik diri pelajar supaya menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga cemerlang dalam semua aspek kehidupan.

Program ini dirangka untuk membantu pelajar menjadi insan yang mempunyai jati diri sebagai Muslim Sejati iaitu menjadi pelajar yang mempunyai keperibadian yang unggul di samping cemerlang akademik. Berikut adalah butiran program ini:

  • Tarikh :  14 – 15 Jun 2013 (Jumaat & Sabtu)
  • Masa : Jumaat (mulai 2.30 petang) & Sabtu (hingga 2.00 petang)
  • Tempat : Surau Kompleks Seri Bintang
  • Sasaran : Pelajar Tingkatan 3 dan 5

Objektif

  • Membina roh keimanan pelajar berasaskan kefahaman ikrar syahadatain.
  • Membentuk sahsiah ke arah generasi pelajar dan remaja soleh yang cemerlang di dunia dan akhirat.
  • Menanam kesedaran untuk menghayati amalan solat melalui kefahaman, tanggungjawab dan kasih sayang.
  • Menanam rasa kesyukuran dan keinginan menghargai maruah diri.
  • Menyemai dan mewujudkan sifat-sifat budaya terpuji di antara pelajar dengan guru, pelajar dengan ibubapa, rakan sebaya dan masyarakat.
  • Membolehkan pelajar Islam muhasabah diri untuk membina kekuatan diri.

 

Dengan kewujudan program ini, diharapkan semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Seterusnya daripada segala aktiviti yang didedahkan kepada peserta dapat meninggalkan impak yang maksimum dan kesan yang mendalam kepada jiwa peserta. Dari itu, serba sedikit dapat membantu meningkatkan motivasi diri peserta dengan terpancar momentum supaya spiritual dan mental dapat menggerakkan fizkal bertindak mengikut yang sepatutnya.

 

Program Mumtaz An-Najihin 2013