Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menggubal dan merancang program khas kepada para pelajar tingkatan 3 untuk mengisi masa lapang mereka setelah tamat peperiksaan PMR. Pengisian program ini berbentuk akademik malahan termasuk juga merangkumi jasmani, emosi dan rohani.

Program-program ini boleh diakses melalui pautan berikut :

OBJEKTIF :

  1. Membantu para pelajar untuk mendapatkan maklumat – maklumat terkini tentang perkembangan diri dari segi akademik, rohani, jasmani dan emosi.
  2. Mengelakkan para pelajar tingkatan 3 terlibat dengan aktiviti – aktiviti yang tidak sihat dan kurang berfaedah.
  3. Mengcungkil bakat – bakat baru dalam diri pelajar dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.
  4. Menimbulkan minat para pelajar untuk datang ke sekolah dengan pengisian program yang menarik.
  5. Menambahkan pengetahuan para pelajar khususnya yang berkaitan dengan hala tuju selepas SPM.
  6. Menerapkan nilai – nilai murni dalam diri pelajar sebagai pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga sahsiah.
  7. Menyemai sikap bekerjasama dan saling mengeratkan hubungan silatulrahim sesama pelajar dan guru.
  8. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan praktikal berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari.
Program Pasca PMR 2013