Program Pembelajaran eKelas telah dilaksanakan sejak tahun 2011 di 30 buah sekolah rintis di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program Perkongsian Awam-Swasta antara KPM dan Syarikat Maxis Berhad ini meyediakan persekitaran pembelajaran maya untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 dalam matapelajaran Sains dan Matematik.

Program eKelas yang dilaksanakan ini bertepatan dengan strategi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu penyampaian pembelajaran secara maya dan alat pembelajaran adaptif  dalam talian sebagai aktiviti tambahan kepada pembelajaran bilik darjah.

Pelajar dan guru boleh mengakses portal ini di www.ekelas.com.my dan sebarang maklumat lanjut berkaitan boleh diemel kepada e_kelas@maxis.com.my

Program Perkongsian Pintar