SMK Seri Bintang Utara akan mengadakan Program Sure Solat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan pelajar Islam sentiasa menitikberatkan solat dalam kehidupan seharian seterusnya melahirkan pelajar Islam yang bertaqwa serta berakhlak mulia.

Tarikh 23 hingga 24 Mac 2012
Hari Jumaat dan Sabtu
Tempat Surau Kompleks Seri Bintang

Sehubungan dengan itu, semua pelajar Islam Tingkatan 1 dan 2 diwajibkan hadir dan setiap pelajar dikehendaki membayar RM25.00 untuk menampung sebahagian kos program tersebut. Pihak sekolah juga amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menjayakan majlis ini. (Sila klik di sini untuk tentatif program)

 

 

Program Sure Solat