SUkacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Semarak Merdekaraya seperti butiran berikut :

  • Tarikh :  30 Ogos 2013
  • Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
  • Tempat : Dataran Skylite SMK Seri Bintang Utara

Program ini bertujuan untuk :

  • Memupuk perasaan hidup bersatu padu antara pelajar bagi semua kaum dalam suasana yang harmoni, liberal dan muhibbah.
  • Memupuk perasaan hormat-menghormati terhadap adat resam warisan bangsa.
  • Menyemai jati diri yang kukuh dan nilai moral yang tinggi dalam masyarakat yang demokratik dan berfikiran terbuka.

Pelajar digalakkan memakai pakaian kebangsaan (jeans dan t-shirt tidak dibenarkan). Semoga majlis ini berjalan dengan lancar.

Semarak Merdekaraya