Buat julung-julung kalinya, Program Semarak Raya SMKSBU diadakan pada tahun ini dengan kerjasama Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia Pendidikan Moral serta Kelas Guru dan Staf  SMKSBU seperti butiran berikut :

  • Tarikh : 14 September 2012
  • Tempat : Dataran Skylite
  • Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengahari

Objektif program ini adalah untuk :

  1. Memupuk perasaan hidup bersatu padu antara pelajar bagi semua kaum dalam suasana yang harmoni, liberal dan muhibah.
  2. Memupuk perasaan hormat-menghormati terhadap adat resam warisan bangsa.
  3. Menyemai jati diri yang kukuh dan nilai moral yang tinggi dalam masyarakat yang demokratik dan berfikiran terbuka.

Diharap program seperti ini akan berterusan pada tahun akan datang.

Semarak Raya SMKSBU
Tagged on: