Hari Merentas Desa SMKSBU

SMK Seri Bintang Utara akan mengadakan Hari Merentas Desa bagi tahun 2012. Butiran lanjut berkaitan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh 17 Februari 2012 (Jumaat)
Masa 7.15 pagi – 10.30 pagi
Tempat SMK Seri Bintang Utara dan Taman Pudu Ulu
Peserta Semua Pelajar Tingkatan 1 – 5

Untuk makluman ibu bapa/penjaga, hari tersebut dikira sebagai hari persekolahan, maka kehadiran pelajar adalah WAJIB.

* Ibu bapa/penjaga diminta untuk mengisi borang makluman yang diberikan kepada anak jagaan masing-masing dan menyerahkan kembali kepada pihak sekolah.

 

Sesi Persekolahan 2012

Makluman kepada pelajar, ibu bapa serta penjaga.

Sesi persekolahan 2012 akan bermula pada hari Rabu (4 Januari 2012). Semua pelajar diwajibkan hadir sebelum 7.20 pagi dan berkumpul di skylite untuk perhimpunan pagi.

 

Makluman Koperasi

Koperasi SMK Seri Bintang Utara akan beroperasi seperti tetapan berikut :

Hari : Setiap hari mulai 20 Disember (kecuali cuti umum dan cuti khas)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang