Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Dengan rasa sukacita pihak SMK Seri Bintang Utara ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa kami akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-12 bagi tahun 2013 seperti butiran berikut:

  • Tarikh   : 29 Jun 2013 (Hari Sabtu)
  • Masa      : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
  • Tempat : Padang Kompleks Seri Bintang,Kuala Lumpur

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat menghadiri dan seterusnya memeriahkan lagi Temasya Sukan Tahunan Sekolah.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan akan perkara tersebut amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

TEMASYA SUKAN TAHUNAN (TST) SMK SERI BINTANG UTARA 2013